MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SEMINAR SAINS ANGKASA 2025 PADA 18 APRIL 2025
YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Seminar Sains Angkasa 2025 pada 18 April 2025 bertempat di Dewan Seminar, Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur.
.
Hadir sama, YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA dan YBrs. Encik Samsudin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah, (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA.
.
Seminar yang berlangsung selama empat (4) hari bermula 15 April 2025 merupakan sesi libat urus mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada Agensi Kerajaan, Syarikat Swasta dan Akademia bagi agenda:
1️⃣Pembangunan Observatori 2.0
▪️konsep cadangan pembinaan satu Observatori Negara yang baharu bagi meningkatkan keupayaan dan melengkapi infrastruktur sedia ada
2️⃣Garis Panduan Pencemaran Cahaya
▪️Pencahayaan tidak terkawal ini boleh menghadkan kemampuan teleskop untuk mencerap jasad samawi yang menjadi kajian. ▪️Garis panduan ini penting bagi memastikan balai cerap serta kawasan yang telah dikenal pasti untuk aktiviti pencerapan astronomi dapat beroperasi pada tahap terbaik untuk jangka masa yang panjang.
3️⃣Program Cuaca Angkasa Negara
▪️pembangunan satu sistem maklumat dan data cuaca angkasa yang akan menjadi platform pemantauan serta berupaya meramal aktiviti matahari dan kesannya kepada bumi.
▪️Pembangunan dua model ramalan cuaca angkasa tempatan yang boleh dijadikan rujukan pengguna dalam dan luar negara.
.
Platform ini menjadi wahana penting dalam menyatukan tenaga pakar astronomi di Malaysia secara lebih sistematik, meneroka potensi kerjasama dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan modal insan sains angkasa dan menyelaras keperluan dari segi teknologi, infrastruktur, perundangan dan institusi.
.
Seminar turut diisi dengan: 
▶️taklimat oleh MYSA mengenai Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030: Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030), 
▶️taklimat daripada Bahagian Dana MOSTI mengenai Data Penyelidikan MOSTI, 
▶️Forum ‘Kepentingan Fasiliti Astronomi dan Kawalan Pencemaran Cahaya di Malaysia’
▶️ perbincangan dan pembentangan Kumpulan.
Skip to content