MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SEMINAR PERTUKARAN KEPAKARAN MENGENAI POLISI ANGKASA: MEMPERKASA KAPASITI ANGKASA NEGARA ASEAN KE ARAH EKONOMI ANGKASA BAHARU
.
26 OKTOBER 2023 – Majlis perasmian penutup SEMINAR PERTUKARAN KEPAKARAN MENGENAI POLISI ANGKASA: MEMPERKASA KAPASITI ANGKASA NEGARA ASEAN KE ARAH EKONOMI ANGKASA BAHARU telah disempurnakan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
.
Semasa ucapannya, beliau berkata MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sedang merancang menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan bagi Kajian dan Penyelidikan Undang-undang dan Dasar Angkasa yang akan berperanan untuk membangunkan kepakaran dalam bidang undang-undang dan polisi angkasa tempatan dan serantau melalui program pembangunan kapasiti. Beliau turut berharap penganjuran seminar ini akan dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang dan mengalu-alukan penglibatan negara anggota ASEAN untuk menjadi penganjur bersama.
.
Sesi seminar pada hari kedua diteruskan dengan pembentangan oleh Mr. Tanapat Paiboolsirichit (Geo-informatics & Space Technology Agency, GISTDA), Mr. Ronald Tong (The Office for Space Technology and Industry, OSTin), Mr. Steven Freeland (Western Sydney University), dan Ms. Rosanna Margarita Hoffman (UNOOSA). Manakala Mr. Ronald Tong, Acting Executive Director, Singapore Office for Space Technology & Industry telah menyampaikan pembentangannya secara dalam talian. Seterusnya, YBrs. Encik Adnan Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) telah mewakili Ketua Pengarah MYSA menyampaikan kesimpulan seminar yang diadakan selama dua hari ini. Pelaksanaan seminar ini diharap akan dapat memberi manfaat kepada peserta, sebagai medium perkongsian ilmu, pengalaman dan perbincangan dalam aspek pembangunan polisi dan perundangan angkasa. Seramai lebih 50 peserta yang terlibat dalam bidang polisi dan perundangan angkasa di Malaysia dan negara ASEAN (Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Cambodia, Laos dan Timor Leste) telah menghadiri seminar tersebut.
.
Turut diadakan bersempena seminar ini, sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan bagi program ‘My Internet of Agriculture (MyIOAGRI)’ dan ‘My Unmanned Aerial Vehicle (MyUAV)’ yang telah diadakan sepanjang Minggu Sains Negara dan Minggu Angkasa Sedunia. Bengkel dan Cabaran Secara dalam talian ‘My Internet of Agriculture (MYIOAGRI)’ telah disertai oleh beberapa kumpulan pelajar dari sekolah rendah yang telah diadakan secara dalam talian pada 4-5 September 2023. Manakala pertandingan ‘My Unmanned Aerial Vehicle (MyUAV)’ telah disertai oleh pelajar sekolah rendah secara berkumpulan melalui Bengkel MyUAV serta cabaran secara dalam talian yang telah diadakan pada 6-7 September 2023. Sepanjang Oktober 2023, MOSTI melalui agensi di bawahnya termasuk MYSA, pihak swasta, akademia dan NGO terlibat secara langsung dalam merancang pelbagai aktiviti sempena sambutan ‘World Space Week: Malaysia Chapter’. Tahniah kepada semua peserta dan pemenang pertandingan.
.
Skip to content