MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS PERASMIAN MALAYSIA AEROSPACE SUMMIT 2026 (MYAERO SUMMIT 2026) PADA 25 JUN 2026
Majlis perasmian Malaysia Aerospace Summit 2026 (MyAERO Summit 2026) telah berlangsung pada 25 Jun 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). YAM Tengku Abdul Samad Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Tengku Panglima Besar Selangor telah berkenan hadir ke majlis perasmian tersebut.
.
Bersempena MyAERO Summit 2026 ini, turut berlangsung sesi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) tripartit antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO). Pertukaran MoU disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA; YBrs. Encik Rushdi Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT; serta Ir. Ts. Dr. Shamsul Kamar Abu Samah, Ketua Pegawai Eksekutif NAICO, disaksikan oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
.
Kerjasama strategik ini bertujuan memperkasa ekosistem industri angkasa tempatan menerusi pembangunan mekanisme penarafan industri yang sistematik melalui inisiatif SpaceTech Nexus. Platform ini akan menjadi rujukan rasmi dalam menilai keupayaan, daya saing dan tahap kesediaan pemain industri angkasa negara secara telus dan berstruktur.
Melalui kerjasama ini, MYSA akan menerajui penentuan Tahap Kesediaan Teknologi (Technology Readiness Level – TRL) serta pengesahan data keupayaan angkasa negara. MIGHT pula akan membangunkan kriteria kesediaan komersial dan potensi pelaburan, manakala NAICO akan menyelaras piawaian kualiti industri serta memperkukuh integrasi syarikat tempatan ke dalam rantaian bekalan aeroangkasa global.
.
YB Timbalan Menteri MITI turut melawat reruai MYSA dan diberi penerangan mengenai fungsi, perkhidmatan serta inisiatif semasa agensi dalam menyokong pembangunan sektor angkasa negara.
.
MyAERO Summit 2026 menjadi platform menghimpunkan agensi kerajaan, pemain industri aeroangkasa, dan rakan strategik bagi meneroka peluang kerjasama, memacu inovasi dan memperkukuh daya saing industri aeroangkasa negara. Program ini berlangsung bermula 25 hingga 27 Jun 2026.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All
πŸŒŽπŸ“‘πŸ”­πŸš€πŸ›°οΈ
Skip to content