MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK DI KOMPLEKS OPERASI ANGKASA (SOC) PADA 25 NOVEMBER 2024
Majlis Penyerahan Projek: Menyiapkan Baki Kerja Pembinaan Infrastruktur serta Kerja-Kerja berkaitan untuk Menempatkan Satu Sistem Antena di Stesen Penerima Date Satelit, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Temerloh, Pahang telah berlangsung pada 25 November 2024, bertempat di di Kompleks Operasi Angkasa (SOC), MYSA, Pahang.
 
Projek diserahkan oleh YBrs. Encik Mohd Fozi bin Sulaiman, Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Daerah Temerloh kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Turut serta, Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan MOSTI dan YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
 
Pembinaan infrastruktur yang telah siap ini membolehkan proses pemasangan sistem antena yang dijadualkan pada awal tahun 2025 dapat dilaksanakan. Projek ini mampu membekalkan data satelit remote sensing generasi baharu secara berpusat yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bidang lapangan seperti pemantauan tanah, pengauditan alam sekitar, pengurusan bencana, kesihatan dan keselamatan negara.
 
Usaha ini akan dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat menerusi cerapan data dan imej satelit (teknologi angkasa) yang membolehkan aktiviti pemantauan dan pembuatan keputusan dibuat berasaskan data.
 
Terima kasih atas komitmen semua. Teknologi angkasa untuk semua. 🌎🛰️🚀📡
Skip to content