Majlis Penyerahan Projek: Kerja-Kerja Pembaikan dan Penggantian Sistem Mekanikal Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di bawah Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah berlangsung pada 4 Disember 2024, bertempat di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
.
Penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Suhaili bin Mansor, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Ini diikuti dengan sesi menandatangani dokumen Perakuan Serahan Kerja Siap daripada YBrs. Ir. Ts. Norhisham bin Launah, Ketua Jurutera Mekanikal, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal, JKR Malaysia kepada YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Lawatan ke tapak projek turut diadakan meliputi:
Bilik Precision Air Conditioning Data Chamber (penggantian sistem penyaman udara)
Bilik Pam – Sprinkler & Hose Reel (pembaikan sistem pencegah kebakaran)
Bilik Data Chamber – Pusat Penyimpanan Data Satelit
.
Sebahagian besar pengoperasian di MYSA melibatkan aktiviti Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT) untuk MYSA menjalankan fungsinya sebagai peneraju penyelidikan dan pembangunan teknologi angkasa negara. Projek yang telah siap ini akan dapat menyokong aktiviti kerja harian MYSA dengan stabil dan selamat.
.
Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada wakil-wakil kontraktor yang terlibat. Terima kasih atas komitmen semua.
.