MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM TECHNICAL ADVISORY MISSION 2024 (TAM2024) PADA 16 MEI 2024
Program Technical Advisory Mission 2024 (TAM2024) telah memberi pendedahan kepada pihak Kerajaan, akademia dan pemain industri sektor angkasa untuk lebih memahami polisi dan perundangan angkasa.
.
TAM2024 menyaksikan majlis perasmian penutupan program disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 16 Mei 2024 di Dewan Seminar, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
.
Turut hadir sama TYT Axel Cruau, Duta Besar Perancis ke Malaysia; YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA; Mrs. Rosanna Margarita Hoffman, United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA); Encik Mhd Fairos bin Asillam, Penguasa Angkasa, Bahagian Penguasa Angkasa, MOSTI.
.
TAM kali ini adalah yang terbesar dari segi penyertaan pakar antarabangsa dengan mengambil kira kerumitan fokus topik mengenai spaceport, pemberian permit dan pelesenan objek angkasa. Usaha ini dapat menyokong pengoperasian Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834].
.
Terima kasih UNOOSA dan Kerajaan Perancis dalam menjayakan TAM2024.
.
Malaysia komited menjadi peneraju dalam pembangunan kepakaran perundangan dan polisi angkasa dalam rantau Asia Tenggara.
Skip to content