MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassin, Ketua Setiausaha MOSTI hari ini hadir ke Majlis Perasmian Penutup Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam peringkat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) 2022.
 
Program Pementoran MOSTI pada kali ini telah dilaksanakan dengan penglibatan dari warga Kementerian dan Jabatan yang terdiri daripada Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Tenaga Atom, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
 
Seramai 34 pasangan mentor dan menti dari MOSTI dan Jabatan di bawahnya telah mengambil bahagian dengan penglibatan seramai 77 orang pegawai secara keseluruhannya.
 
YBhg. Datuk KSU berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan pengalaman dan maklumat yang diperolehi sepanjang program pementoran ini untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan MOSTI dan jabatan secara keseluruhannya bersesuaian dengan tema MOSTI iaitu Merakyatkan Sains dan Menginsankan Teknologi. Kita jadikan MOSTI luar biasa.
 
Skip to content