Menyantuni dan beramah mesra dengan penduduk kampung. Syukur atas peluang dan ruang untuk bersama-sama membangunkan Malaysia MADANI.
.
Majlis Peluncuran Kampung Parit Empat, Sungai Besar Selangor sebagai Kampung Angkat MADANI (KAM) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada 5 Mei 2025. Majlis diadakan di Surau Ehsaniah bertempat di Kampung Parit 2 Timur.
.
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA telah menyempurnakan majlis peluncuran dan menyampaikan surat lantikan kepada Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar sebagai agensi pelaksana kepada projek-projek yang akan dijalankan, disusuli dengan penyerahan Sijil Setuju Terima kepada Ketua-Ketua Kampung. Projek terdekat yang akan dilaksanakan adalah projek menaik taraf lima buah surau sekitar KAM MYSA.
.
Hadir sama, Encik Mohamad Marwan bin Ahmad Tajuri, Ketua Penolong Pegawai Daerah Sabak Bernam; Encik Zailani bin Ismail, Pengurus Besar Pertubuhan PPK Sungai Besar dan wakil-wakil Jabatan/Agensi daripada Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, IADA Barat Laut Selangor, Penghulu Mukim Panchang Bedena, Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam dan Pejabat Pertanian Daerah Sabak Bernam.
.
Empat fokus inisiatif KAM MYSA:

Projek naik taraf dan baik pulih infrastruktur surau

Program meningkatkan ekonomi penduduk kampung

Program kemasyarakatan bersama komuniti

Program memperkasa STI dan STEM
.