MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan MRT Corp. pada 16 Mei 2023
 
Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp.) telah berlangsung pada 16 Mei 2023 bertempat di Ibu Pejabat MRT Corp., Kuala Lumpur. Upacara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bersama YBhg. Datuk Mohd Zarif Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp.
.
Majlis MoU ini adalah usaha kerjasama strategik MYSA dan MRT Corp., terutama bagi mengukuhkan penggunaan teknologi angkasa dalam tadbir urus MRT Corp serta pembangunan operasi sistem aplikasi dan pangkalan data yang menggunakan teknologi angkasa remote sensing dan teknologi berkaitan bagi tujuan memudah dan memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan berkala di Zon Perlindungan Keretapi (ZPK), cerun, dan kawasan berpotensi banjir di sepanjang Laluan Transit untuk melindungi aset MRT.
Skip to content