MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) MYSA dan Jabatan Pertanian Sabah (DOA Sabah) pada 17 Ogos 2023
Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Jabatan Pertanian Sabah (DOA Sabah), Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) telah berlangsung pada 17 Ogos 2023 di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah. Upacara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama YBrs. Tuan Jifrin bin Haji Mohamad, Pengarah DOA Sabah.
.
Objektif MoU ini adalah untuk membangunkan dan mengoperasi sistem aplikasi dan pangkalan data yang berteraskan teknologi angkasa remote sensing dan teknologi berkaitan bagi tujuan memudah dan memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan guna tanah di Negeri Sabah.
.
Turut hadir ke majlis adalah Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA, Encik Janie bin Tating @ Paulus, Timbalan Pengarah (Bahagian Penyelidikan dan Inovasi) DOA Sabah serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari MYSA dan DOA Sabah.

 

Skip to content