MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara MYSA dan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (KO-NELAYAN) Sabah pada 18 Ogos 2023
Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (KO-NELAYAN) Sabah telah berlangsung pada 18 Ogos 2023 di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Upacara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bersama YBrs. Tuan Haji Yusof Haji Ag. Besar serta disaksikan oleh YB Peto Galim, Pembantu Menteri (II), Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).
.
MoU ini bertujuan untuk memudahkan dan memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan berkaitan dengan aktiviti menangkap ikan, perusahaan perikanan, akuakultur, ekonomi masyarakat nelayan, keselamatan nelayan dan kemajuan masyarakat nelayan secara khusus di perairan Negeri Sabah dengan lebih cekap dan berkesan.
.
Semasa majlis ini juga telah diadakan pelancaran Electronic – Sabah Mobile Artisanal Remote Technology (e-SMART) oleh YB Pembantu Menteri (II) MAFFI. Aplikasi e-SMART telah dibangunkan oleh MYSA menggunakan teknologi angkasa bagi mentransformasikan nelayan-nelayan berdaftar di Sabah dalam pengurusan aktiviti menangkap ikan dan operasi penangkapan ikan dengan lebih sistematik.
.
Turut hadir ke majlis adalah YBrs. Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN, YBrs. Puan Hajjah Myrna Jimenez@Isabelo, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengurusan) MAFFI, Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA, Puan Cabrini Bridget Chia, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari MYSA dan KO-NELAYAN.
Skip to content