MAJLIS KHATAM AL-QURAN PUSPANITA MYSA PADA 4 APRIL 2024
Bulan Ramadan adalah kesempatan paling berharga untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.
.
Sekitar Majlis Khatam Al-Quran 1445H/2024M yang telah berlangsung pada 4 April 2024 di Dewan Seminar, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), anjuran Puspanita MYSA.
.
Seramai 36 orang warga Puspanita MYSA telah mengambil bahagian dalam Program Tadarus Al-Quran kali ini yang dimeriahkan dengan penglibatan ahli keluarga peserta.
.
Majlis Khatam Al-Quran ini telah berlangsung dengan penuh khidmat dan diiringi dengan doa, dipimpin oleh YBrs. Puan Siti Atikah Mohamed Hashim.
.
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Turut berlangsung, penyampaian sumbangan kepada enam (6) ahli Puspanita sebagai tanda solidariti dan keprihatinan dalam kalangan anggota komuniti.
.
Semoga dengan pelaksanaan program ini, semangat untuk mengamalkan bacaan Al-Quran dan menjalankan amal kebajikan terus berkembang dan menjadi inspirasi kepada semua.