MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Majlis bacaan Yasin anjuran Kelab Sukan dan Sosial Agensi Angkasa Malaysia (MYSAC) dan PUSPANITA MYSA telah selesai diadakan secara atas talian pada 29 Julai 2021 (Khamis) jam 12.30 tengah hari. Majlis yang diadakan ini telah bersiaran secara langsung di saluran FB dan juga Youtube MYSA.
 
Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengajak seluruh warga MYSA bermunajat dan memohon kerahmatan serta perlindungan Allah SWT agar dipelihara, dilindungi dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi penularan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara pada hari ini.
 
Semoga doa dan bacaan Yasin tersebut dapat diangkat sebagai amal soleh tanda kita bersyukur dan bersabar atas apa jua ketentuan Allah SWT dalam menjalani pandemik ini.
Skip to content