YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama-sama Pengurusan Tertinggi MOSTI telah meraikan pencapaian dan penghargaan kepada warga kerja MOSTI dan Jabatan di Majlis Apresiasi MOSTI 2025 pada 26 Februari 2025, bertempat di Bora Ombak, Putrajaya.
.
Hadir sama, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).