Majlis Apresiasi MOSTI 2022

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Majlis Apresiasi MOSTI 2022 yang berlangsung pada 24 Mac 2022 di Hotel Marriot Putrajaya. Pada tahun ini, seramai 20 orang warga Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada YB Menteri MOSTI. Diharapkan dengan penghargaan ini dapat menjadi pemangkin serta dorongan kepada warga MYSA agar sentiasa berdaya saing pada masa hadapan.
.
Turut diraikan semasa majlis tersebut ialah 2 orang Pegawai MYSA yang akan bersara pada tahun ini. Sekalung penghargaan buat bakal pesara atas sumbangan jasa bakti sepanjang bertugas dalam perkhidmatan awam.
.