.
Sistem aplikasi e-SMART yang dibangunkan oleh MYSA menggunakan teknologi angkasa dan data satelit telah dapat membantu nelayan pantai di Sabah mengenal pasti lokasi penangkapan ikan yang berpotensi tinggi, keadaan cuaca, ketinggian ombak, jarak ke lokasi, masa ke lokasi, jumlah minyak yang diperlukan untuk ke lokasi dan maklumat air pasang surut.
.
Ke arah mewujudkan Nelayan Digital e-SMART yang berjaya di Sabah, kerjasama MYSA dan Ko-Nelayan ini telah dimeterai melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 18 Ogos 2023 untuk tempoh 5 tahun.