MAJLIS AMANAT YBRS KETUA PENGARAH MYSA BIL. 2/2022

YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menyampaikan amanat kepada warga MYSA semasa Majlis Amanat YBrs. Ketua Pengarah Bilangan 2 Tahun 2022 yang diadakan secara hibrid iaitu bersemuka dan dalam talian pada 22 April 2022.
.
YBrs. Ketua Pengarah turut mengalu-alukan kehadiran kakitangan yang baharu ke MYSA dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang telah berpindah ke jabatan lain.
.
Dalam ucapannya, warga MYSA turut dimaklumkan bahawa mesyuarat kerajaan boleh diadakan secara fizikal dengan mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu penjarakan sosial dan memakai pelitup muka. Selain itu, kerajaan turut menekankan pelaksanaan penggunaan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi.
.
YBrs. Ketua Pengarah juga telah menyampaikan amanat YB Menteri semasa Perhimpunan Bulanan MOSTI pada 21 April 2022 berkenaan kepentingan budaya kerja berprestasi tinggi yang memerlukan kepantasan, kemahiran dan bakat. Ini juga selaras dengan hasrat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang menekankan perkara yang sama dalam melaksanakan budaya kerja berprestasi tinggi dengan sikap yang menjurus kepada integriti yang tinggi dan efisyen.
.
YBrs. Ketua Pengarah turut berkongsi pengalaman semasa lawatan kerja bersama YB Menteri MOSTI ke Dubai pada akhir bulan Mac lepas.
.
Di akhir ucapannya, YBrs. Ketua Pengarah mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dan berharap agar warga MYSA dapat pulang beraya di kampung dan kembali semula dengan selamat.
.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), sijil pengesahan kenaikan pangkat, sijil kursus Program Excellent Leadership MOSTI, penyampaian surat lantikan AJK Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) sesi 2022-2024 kepada kakitangan yang terlibat dan penyampaian sumbangan hari raya kepada ahli keluarga warga MYSA yang telah meninggal dunia.
.