MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini, telah menyampaikan amanat tahun baharu kepada warga MYSA semasa Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang diadakan secara hibrid.
 
YBrs. Ketua Pengarah telah menyenaraikan pencapaian MYSA di dalam imbasan tahun 2021 dan mengucapkan penghargaan atas komitmen semua warga MYSA. Beliau juga menekankan berkenaan dua fokus MYSA pada tahun 2022 iaitu aspek keberkesanan dan penguasaan teknologi. Aspek keberkesanan teknologi menumpukan kesan secara langsung kepada pengguna iaitu penggunaan teknologi angkasa memberi impak kepada ekonomi, sumber pendapatan dan ruang baru kepada punca-punca sumber pendapatan negara. Seterusnya, teknologi angkasa boleh memberi kesan besar kepada penyelesaian kehidupan rakyat seperti keselamatan makanan, bioekonomi, menangani bencana, teknologi untuk menangani perubahan iklim dan alam sekitar bagi memastikan teknologi dapat memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.
 
Beliau berharap teknologi angkasa dapat menyumbang kepada impak ekonomi termasuk sumber pendapatan dan peluang baru kepada negara. Semua staf MYSA diharap agar dapat beriltizam bagi menerajui potensi dan penerokaan kemungkinan baru dalam bidang sains dan teknologi.
 
Turut diadakan sesi penyampaian sijil dan pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), penyampaian surat penyiaran kenaikan pangkat, dan penyerahan sumbangan kepada staf MYSA yang terlibat dengan bencana banjir pada tahun lepas.
 
Skip to content