YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diiringi delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur pada 9 Januari 2024. Sesi lawatan ini telah disantuni oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA serta pegawai-pegawai MYSA.
.
Dalam lawatan kerja tersebut YB Timbalan Menteri dan delegasi telah diberi taklimat mengenai peranan serta fungsi MYSA. YB Timbalan Menteri MOSTI dan delegasi juga dibawa melawat ke kemudahan-kemudahan di Ibu Pejabat MYSA dan diberi penerangan berkenaan produk inovasi khususnya sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang berteraskan teknologi angkasa.