Lawatan kerja rasmi YAB Dato’ Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor ke Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
.
Kehadiran YAB Menteri Besar Johor dan delegasi ke ONL disambut oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta pengurusan tertinggi MOSTI.
.
Dalam lawatan ini, YAB Menteri Besar Johor dan delegasi telah diberi taklimat ringkas oleh YBrs. Ketua Pengarah MYSA dan seterusnya dibawa melihat fasiliti ONL serta menyertai aktiviti pencerapan astronomi.