MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN TURUN PADANG YBHG. DATUK KSU MOSTI KE SOC, TEMERLOH PADA 7 APRIL 2023
YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim hari ini telah mengadakan sesi lawatan turun padang ke projek Pembinaan Infrastruktur Serta Kerja-Kerja Berkaitan untuk Menempatkan Satu Sistem Antenna di Stesen Penerima Data Satelit, Agensi Angkasa Malaysia, Temerloh, Pahang.
 
Lawatan turun padang ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan dan kemajuan projek tersebut. Di samping itu, platform turun padang juga merupakan medium terbaik bagi membincangkan isu atau permasalahan berkaitan.
 
Projek ini dijangka siap pada penghujung Mei 2023.
 
Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, wakil daripada pihak JKR Ibu pejabat dan Jurutera Daerah Temerloh.

 

Skip to content