MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN ILMIAH OLEH SEKOLAH KEBANGSAAN TERAP, KEDAH KE ONL PADA 28 NOVEMBER 2023
Satu lawatan ilmiah daripada Sekolah Kebangsaan Terap, Serdang, Kedah ke Observatori Negara Langkawi(ONL) telah berlangsung pada 28 November 2023. Objektif lawatan ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan astronomi serta melihat kemudahan dan teknologi angkasa yang terdapat di ONL. Semasa lawatan ilmiah ini, para pelajar dan guru pengiring telah diberikan taklimat mengenai kemudahan ONL oleh pegawai Bahagian Eksplorasi dan Sains Angkasa, MYSA. Seterusnya, para pelajar dan guru pengiring telah berpeluang untuk melihat kemudahan ONL, menjalankan aktiviti dan permainan astronomi serta melihat Matahari menerusi teleskop mudah alih yang telah disediakan.
.

 

Skip to content