MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN ILMIAH OLEH SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MATSIRAT, KEDAH KE OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI (ONL), AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA) 
.
Satu lawatan ilmiah daripada Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat, Kedah ke Observatori Negara Langkawi(ONL) telah berlangsung pada 12 Disember 2023. Objektif lawatan ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan astronomi serta melihat kemudahan dan teknologi angkasa yang terdapat di ONL.
.
Semasa lawatan ilmiah ini, para pelajar tahun enam ini dan guru pengiring telah diberikan taklimat mengenai kemudahan ONL oleh pegawai Bahagian Eksplorasi dan Sains Angkasa, MYSA. Seterusnya, para pelajar dan guru pengiring telah berpeluang untuk melihat kemudahan ONL iaitu Balai Cerap Stellar 1 dan Balai Cerap Solar, membuat origami model satelit secara berkumpulan dan kuiz astronomi serta melihat Matahari menerusi teleskop mudah alih yang telah disediakan.
Skip to content