MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN KANCHONG DARAT KE KOMPLEKS TEKNOLOGI ANGKASA (KTA), BANTING PADA 18 JANUARI 2024
Kompleks Teknologi Angkasa (KTA) telah menerima satu lawatan sambil belajar daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat, Banting, Selangor pada 18 Januari 2024.
.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengetahui berkenaan penjejakan satelit selain memupuk minat pelajar-pelajar dalam bidang sains dan teknologi angkasa. Pelajar-pelajar dan guru-guru telah berpeluang menyaksikan aktiviti pengoperasian penjejakan satelit oleh pegawai penyelidik di Stesen Kawalan Bumi.
Skip to content