MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN SAMBIL BELAJAR & PENGGUNAAN KEMUDAHAN OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI (ONL), AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA) OLEH PERTUBUHAN ASTRONOMI PULAU PINANG
.
Observatori Negara Langkawi (ONL) telah menerima pengguna pertama bagi tahun 2024 yang terdiri daripada seramai 14 orang ahli Pertubuhan Astronomi Pulau Pinang pada 12 – 14 Januari 2024. Ahli-ahli persatuan telah berpeluang untuk mengambil gambar/ imej objek langit malam dan Matahari menggunakan sistem teleskop ONL. Turut diadakan sesi perkongsian pengalaman, mengenal buruj dan objek samawi langit malam di Langkawi. Mereka juga berpeluang untuk melihat beberapa juraian meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Skip to content