MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN KERJA BAGI PERKONGSIAN TEKNOLOGI DAN PERKHIDMATAN DATA REMOTE SENSING KE KOMPLEKS OPERASI ANGKASA (SPACE OPERATIONS COMPLEX, SOC) AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA), MENTAKAB, PAHANG
 
MENTAKAB, 15 Mei 2024 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) telah mengadakan sesi lawatan kerja ke Kompleks Operasi Angkasa (Space Operation Complex, SOC), Agensi Angkasa Malaysia (Malaysia Space Agency, MYSA) di Mentakab, Pahang. Lawatan ini telah diketuai oleh YBrs. TPr Hj. Hassan Bin Yaakob, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan).
Sesi lawatan kerja ini bertujuan untuk mempelajari dan berbincang berkaitan teknologi terkini serta menambahbaik kaedah pengemaskinian data guna tanah perancangan melalui teknologi remote sensing dengan kepakaran pihak MYSA.
Seramai 24 barisan pegawai PLANMalaysia Ibu Pejabat telah menyertai sesi lawatan kerja ini.
Skip to content