MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗟𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗝𝗣𝗦) 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗠𝗬𝗦𝗔)
Satu lawatan dan sesi perbincangan antara Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah diadakan pada 11 Januari 2023 di Ibu Pejabat MYSA.
.
Lawatan yang diketuai oleh YBrs. Ir. Ts. Hajah Norlida binti Mamad@Samad, Pengarah Bahagian Korporat JPS serta delegasi telah disambut oleh YBrs. Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA.
.
Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan cadangan kerjasama bagi penggunaan teknologi angkasa dalam pengurusan serta pelaksanaan projek dan kajian yang berkaitan di JPS.
.
Delegasi kemudiannya telah dibawa melawat ke fasiliti di Ibu Pejabat MYSA dan diberi penerangan berkenaan sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang dibangunkan berteraskan teknologi angkasa.
Skip to content