MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

5 Januari 2023 – MYSA telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar program Sarjana Muda Sains Pengurusan Alam Sekitar, Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya.
.
Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan aplikasi yang berteraskan teknologi angkasa dalam sektor pertanian khususnya industri padi. Ini adalah selaras dengan peranan MYSA dalam menerajui pembangunan sektor angkasa negara dan melaksanakan Dasar Angkasa negara 2030 (DAN2030) dengan mempergiatkan lagi usaha untuk melaksanakan pelbagai program dan inisiatif yang boleh meningkatkan minat dan kesedaran pelajar generasi muda terhadap bidang STIE terutamanya sains dan teknologi angkasa.
.
Seterusnya para pelajar turut diberikan taklimat mengenai peranan dan fungsi utama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) serta pendedahan mengenai manfaat teknologi angkasa.
Skip to content