MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

26 Januari 2023 – MYSA telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar Kejuruteraan Geomatik dan Sains Geoinformatik, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
.
Objektif lawatan ini adalah sebagai pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam penyelidikan dan pembangunan sektor angkasa dan pusat sehenti bagi sains, teknologi dan aplikasi angkasa. Para pelajar turut diberi pendedahan mengenai fasiliti teknologi angkasa sedia ada di MYSA, serta pembangunan dan pengoperasian sistem aplikasi pelbagai sektor berteraskan teknologi angkasa dan pangkalan data bersepadu yang dibangunkan secara dalaman.
.
Pendedahan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan minat dan kesedaran pelajar generasi muda terhadap bidang STIE terutamanya sains dan teknologi angkasa.
Skip to content