MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH JEMPOL, NEGERI SEMBILAN KE MYSA PADA 16 OGOS 2023
Satu lawatan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Negeri Sembilan ke Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur telah berlangsung pada 16 Ogos 2023. Lawatan tersebut diketuai oleh YBrs. Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Jempol, Negeri Sembilan.
.
Delegasi 25 orang ahli ini telah disambut dan disantuni oleh YBrs. Puan Hasni Binti Halim, Pengarah Bahagian Aplikasi Strategik, MYSA. Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan input teknikal berkaitan aspek pemantauan dan pembangunan tanah menggunakan teknologi angkasa khususnya teknologi remote sensing.
.
Delegasi turut disajikan dengan tayangan video korporat MYSA serta diberikan taklimat mengenai pengenalan MYSA, sistem aplikasi pemantauan dan pembangunan tanah, 3D Flythru dan demo Sistem Litupan Muka Bumi Penderiaan Angkasa Sarawak (LIMPAS).
Skip to content