Menerima lawatan daripada Pegawai Muda Kor Risik Diraja (KRD) ke Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur pada 14 November 2024. Tumpuan lawatan adalah bagi mendapatkan maklumat mengenai:
Peranan MYSA dan Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan (BAPP), MYSA.
Pengoperasian Unmanned Aircraft System (UAS) dan aset terkini UAS milik MYSA serta keupayaan dalam menyokong aspek pengurusan bencana, pertahanan dan keselamatan negara.
Sistem aplikasi MyIDEA yang berteraskan teknologi angkasa yang dibangunkan oleh MYSA – untuk penyaluran maklumat mangsa banjir ke bilik gerakan bagi membantu proses menyelamat yang lebih efektif dan berkesan.
.
.
Taklimat telah disampaikan oleh Ts. Mohd Hamadi bin Shahid dan Encik Muhammad Akmal Asraf bin M. Sharom, kedua-dua adalah Pegawai Penyelidik dari Bahagian BAPP MYSA.