Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur pada 20 November 2024 telah menerima lawatan daripada Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Delegasi diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM.
.
Sesi perbincangan dua hala yang dipengerusikan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA memberi tumpuan kepada:
Fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh MYSA
Potensi ruang kerjasama antara dua agensi
.
Delegasi turut dibawa ke stesen kerja bagi melihat pengoperasian sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang telah dibangunkan oleh MYSA.
.
MYSA sentiasa terbuka menjalinkan kerjasama dalam membantu meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat.