Terokai dunia perikanan dengan lebih dekat! Berkesempatan ke Laman Agrofood Perikanan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024, 19 September 2024.
.
Semasa kunjungan YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) ke Laman Agrofood Perikanan, beliau telah diberi penerangan oleh YBhg. Dato’ Haji Azahari bin Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Jabatan Perikanan Malaysia mengenai kepelbagaian ekosistem dan keunikan spesies perikanan serta inovasi yang dilakukan.
.
Terdapat enam (6) Galeri iaitu, Galeri Akuakultur, Galeri Samudera, Galeri Dunia Santuari Ikan Sungai, Galeri Dunia Sains Akuatik, Galeri Inovasi, Teknologi, Modenisasi dan Galeria Biosekuriti. Terdapat juga Pavillion Megafauna dan Pameran oleh Akademi Perikanan.