MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN KETUA PENGARAH NUKLEAR MALAYSIA KE KOMPLEKS TEKNOLOGI ANGKASA (KTA) PADA 20 APRIL 2023
YBrs. Dr. Abdul Rahim bin Harun, Ketua Pengarah Nuklear Malaysia serta delegasi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Kompleks Teknologi Angkasa (STC) pada 20 April 2023.
.
Sesi taklimat dan penerangan berkaitan Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT) dan Fasiliti Kawalan Misi (FKM) telah diadakan bagi menerangkan peranan dan kemudahan yang disediakan di STC.
.
Kemudian, delegasi telah dibawa melawat Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (Satellite Assembly, Integration and Test – AIT).
.
YBrs. Ketua Pengarah Nuklear Malaysia juga telah berkesempatan meluangkan masa menanam anak pokok di perkarangan bangunan STC sebagai tanda kenangan.
Skip to content