MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

25 April 2022 – YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diiringi YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI beserta delegasi pegawai-pegawai kanan MOSTI telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Banting Selangor. Tujuan utama lawatan adalah bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai fungsi fasiliti yang berada di kompleks ini. Kehadiran YB Menteri MOSTI dan delegasi telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA serta para pegawai.
.
Semasa lawatan ini berlangsung, satu sesi taklimat dan penerangan berkaitan Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT) dan Fasiliti Kawalan Misi (FKM) telah diadakan bagi menerangkan peranan kemudahan yang disediakan di KTA sebagai satu inisiatif yang penting dalam merancakkan lagi usaha pembangunan teknologi angkasa khususnya bidang kejuruteraan dan teknologi angkasa di Malaysia.
.
Selesai taklimat, YB Menteri dan delegasi turut dibawa melawat ke kedua-dua Fasiliti FKM dan AIT tersebut yang dilengkapi dengan peralatan termaju dan canggih.
.
Di akhir lawatan, YB Menteri dan pengurusan tertinggi MOSTI telah berkesempatan meluangkan masa menanam anak pokok sebagai tanda kenangan lawatan.
 
 
 
Skip to content