Lawatan Kerja YBM dan YBTM Ke ONL Pada 23 Mei 2023 (Post Oleh MOSTI)
Lawatan Kerja YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Observatori Negara Langkawi (ONL) Kedah, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
Fasiliti ONL telah dibangunkan pada tahun 2006. ONL juga telah mendapat pengiktirafan Kod O43 oleh Minor Planet Center, International Astronomical Union (I-A-U) sebagai fasiliti yang berupaya menjejak objek yang menghampiri bumi atau near earth object seperti komet dan asteroid.
Fasiliti ini mempunyai infrastruktur berteknologi tinggi untuk penyelidikan dan pembangunan serta eksplorasi sains angkasa dalam bidang astronomi, merangkumi 3 jenis teleskop yang terdiri daripada 2 unit teleskop stellar (bintang) dan 1 unit teleskop solar (matahari).
Selaras dengan matlamat pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) yang diterajui oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), MOSTI menyasarkan sektor angkasa sebagai penyumbang strategik kepada daya saing negara.
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI dan YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA