MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Lawatan Kerja YBM dan YBTM MOSTI ke ONL Pada 23 Mei 2023

 

Satu lawatan kerja oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), ke Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung pada 23 Mei 2023.
.
Kehadiran YB Menteri MOSTI dan delegasi ke ONL telah disambut oleh YBrs. Gs, Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
.
Lawatan ini turut dihadiri oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI.
.
Dalam lawatan ini, YB Menteri MOSTI dan delegasi telah diberi taklimat ringkas oleh pegawai Bahagian Eksplorasi dan Sains Angkasa, MYSA dan seterusnya dibawa melihat fasiliti ONL serta menyertai aktiviti pencerapan astronomi.
.
Skip to content