MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Satu lawatan kerja YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan di Kompleks Operasi Angkasa (SOC), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Temerloh, Pahang pada 28 Oktober 2022.
.
Sesi lawatan ini telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA serta pegawai-pegawai SOC. Turut hadir adalah wakil Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) dan JKR Daerah Temerloh serta wakil Bahagian Pembangunan MOSTI. Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan fungsi SOC dan pengoperasian sistem penerima data satelit serta berpeluang menyaksikan proses cerapan data satelit secara terus. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk meninjau status pelaksanaan projek sistem generasi baharu bagi kesinambungan penerimaan data satelit remote sensing di kompleks ini.
.
SOC berfungsi untuk melaksana operasi penerimaan data satelit remote sensing secara real-time, menjalankan kerja-kerja prapemprosesan dan pengeluaran data kepada pengguna serta merancang dan melaksana penyelenggaraan sistem penerimaan data satelit remote sensing.
.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim juga telah berkesempatan meluangkan masa menanam anak pokok di perkarangan bangunan utama SOC sebagai tanda kenangan.
.
 
 
 
Skip to content