Lawatan kerja YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Langkawi, Kedah pada 18 Mei 2025.
.
Taklimat mengenai pengoperasian MYSA, perkembangan sains dan teknologi angkasa serta status semasa kerja-kerja naik taraf ONL telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Gs. Hj. Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Beliau turut dibawa melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan di ONL. Hadir sama, Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan MOSTI; dan Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah Langkawi.
.
ONL yang siap dibina pada tahun 2006 adalah salah satu balai cerap di Malaysia yang menyediakan fasiliti pencerapan bertaraf antarabangsa bagi penyelidikan dalam bidang astronomi optikal di Malaysia termasuk memberikan perkhidmatan berkaitan astronomi dan sains angkasa seperti berikut:

Astrometri, fotometri dan spektroskopi stellar;

Data dan imej cerapan stellar, solar dan cuaca angkasa;

Pengendalian instrumentasi dan pencerapan data.