MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

24 Februari 2022 – Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI (Perancangan dan Pembudayaan Sains), YBrs. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu diiringi delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Teknologi Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Banting Selangor.
 
Dalam lawatan kerja tersebut YBrs. TKSU dan delegasi telah dibawa melawat ke Fasiliti Kawalan Misi (FKM) dan Makmal Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT) yang dilengkapi dengan peralatan termaju dan canggih.
 
Di akhir lawatan, YBrs. TKSU MOSTI telah berkesempatan meluangkan masa menanam anak pokok sebagai tanda kenangan lawatan.
 
 
Skip to content