MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Satu lawatan kerja oleh YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I ke Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung pada 10 September 2022.
.
Kehadiran YB Timbalan Menteri Kewangan I dan delegasi ke ONL telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
.
Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg Datin Indera Dr. Sharifah Nur ’Insyirah Saifuddin Shah, isteri kepada Timbalan Menteri Kewangan 1, pegawai-pegawai Kementerian Kewangan (MOF), wakil agensi dan jabatan Kerajaan di Langkawi serta wakil agensi di bawah MOF.
.
Dalam lawatan ini, YB Timbalan Menteri Kewangan I dan delegasi telah diberi taklimat ringkas oleh pegawai Bahagian Eksplorasi dan Sains Angkasa, MYSA dan seterusnya dibawa melihat fasiliti ONL serta menyertai aktiviti pencerapan astronomi.
.
Skip to content