Menerima lawatan kerja daripada Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Negeri Perak ke Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada 21 November 2024. Rombongan lawatan diketuai oleh YBrs. Puan Nur Azlina binti Othman, Timbalan Pengarah (Pengurusan), PTG Negeri Perak.
.
Sesi lawatan dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), MYSA. Pengisian lawatan memfokuskan kepada:
Meningkatkan kefahaman dalam pengurusan data geospatial sistem maklumat geografi (GIS) dan sistem urusan pentadbiran tanah.
Potensi kerjasama dalam penggunaan teknologi angkasa untuk tadbir urus tanah di negeri Perak.
.