MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Satu lawatan kerja dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor ke Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung pada 25 Oktober 2022. Lawatan yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Norshahnaz bin Md Zahir, Timbalan Pengarah (Pengurusan) serta delegasi telah disambut oleh YBrs. Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA.
.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengadakan jalinan kerjasama dua hala dalam pemerkasaan penggunaan teknologi angkasa dalam tadbir urus tanah di Negeri Selangor.
.
Delegasi kemudiannya telah dibawa melawat ke fasiliti di Ibu Pejabat MYSA dan diberi penerangan berkenaan produk inovasi khususnya sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang berteraskan teknologi angkasa.
 
 
Skip to content