Lawatan kerja Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Sabah telah berlangsung pada 28 Ogos 2025. Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Sr Lifred Wong, Ketua Pengarah DBKK. Delegasi MYSA diketuai oleh YBrs. Ts. Kamaruzzaman bin Wahid, Pengarah Bahagian Aplikasi Strategik MYSA.
Tumpuan perbincangan meliputi keperluan teknikal integrasi data penderiaan jauh (remote sensing), cadangan sistem aplikasi daripada MYSA; dan penyediaan kertas kerja bagi pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kedua-dua pihak.
.
Angkasa untuk semua | Space for all