MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KERJA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH PADA 19 JUN 2023
YBrs. Gs. Hj. Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada YBrs. Encik Ridzuan bin Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan delegasi pada 19 Jun 2023.
.
Tujuan sesi kunjungan hormat dan lawatan kerja ini adalah untuk meninjau peluang kerjasama bersama MYSA bagi menerapkan keupayaan teknologi angkasa dalam pengoperasian LZNK.
.
Delegasi telah diberikan penerangan berkaitan fungsi dan manfaat penggunaan teknologi angkasa dalam pelbagai bidang.
Skip to content