MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN KERJA KP MYSA KE PUSAT ANGKASA TSUKUBA (TKSC) PADA 18 DISEMBER 2023
Susulan pemeteraian memorandum kerjasama antara MYSA dengan JAXA, YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Angkasa Tsukuba (TKSC) milik JAXA yang terletak di Bandar Sains Tsukuba, Tokyo pada 18 Disember 2023. TKSC yang telah mula beroperasi pada tahun 1972 dengan keluasan 530,000 meter per segi ini merupakan kemudahan operasi angkasa yang disatukan dengan peralatan dan ujian bertaraf dunia.
.
Antara aktiviti dan program yang diadakan di TKSC adalah pembangunan dan pengendalian satelit serta analisis data imej satelit; pelaksanaan modul eksperimen “Kibo” dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS); menyediakan latihan angkasawan; pembangunan kenderaan pelancar dan sistem pengangkutan angkasa; dan promosi penyelidikan teknologi.
.
YBrs. Ketua Pengarah MYSA telah disantuni oleh YBrs. Dr. Yamakawa Hiroshi, Presiden JAXA serta pegawai-pegawai kanan dan penyelidik JAXA. Satu perbincangan ringkas telah diadakan antara MYSA dan JAXA sebelum dibawa melawat ke kemudahan yang disediakan di pusat ini.
Skip to content