MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN KERJA JABATAN MUFTI KEDAH KE OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI PADA 12 FEBRUARI 2024
 
Lawatan kerja daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman ke Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berlangsung pada 12 Februari 2024. Lawatan tersebut disertai oleh 9 pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kedah yang diketuai oleh Syeikh Mohd Ashraf Bin Haji Mohsin, Ketua Penolong Mufti Falak (Bahagian Falak).
.
Taklimat berkaitan pengoperasian ONL serta maklumat teknikal berkaitan dengan pencerapan astronomi telah dikongsikan dalam sesi soal jawab sepanjang lawatan. Selain itu, terdapat perbincangan mengenai cadangan kerjasama yang boleh dijalankan pada peringkat Negeri Kedah. Delegasi juga berpeluang untuk melawat kemudahan pencerapan di ONL dan mencerap Matahari, Planet Musytari dan buruj-buruj di waktu malam menerusi Balai Cerap Stellar 1 dan Balai Cerap Solar.
Skip to content