MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN KERJA INSTITUT TANAH DAN UKUR (INSTUN) KE OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI
Satu lawatan kerja daripada Institut Tanah dan Ukur (INSTUN) ke Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berlangsung pada 5 – 8 Mac 2024. Delegasi lawatan tersebut terdiri daripada 8 pegawai dan kakitangan INSTUN Institut Tanah Dan Ukur Negara yang diketuai oleh Sr Fauzani Binti Azam, Ketua Program Geodetik INSTUN.
.
Taklimat dan perkongsian berkaitan pengoperasian ONL serta maklumat teknikal berkaitan dengan pencerapan astronomi telah dikongsikan bersama agar dapat membantu pengoperasian Balai Cerap Tan Sri Harussani (TSHO) milik INSTUN yang baru sahaja dirasmikan pada tahun 2023.
.
Semoga kerjasama antara MYSA dan INSTUN dapat diteruskan pada masa akan datang dan memberikan impak kepada kemajuan sains angkasa di Malaysia.
Skip to content