MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN KERJA EAIC DAN JPSM KE SOC, TEMERLOH PADA 29 MEI 2025
Menerima lawatan kerja delegasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) ke Kompleks Operasi Angkasa (SOC), Agensi Angkasa Malaysia, Temerloh, Pahang pada 29 Mei 2025.
Delegasi disambut dan disantuni oleh YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), MYSA. Delegasi EAIC diketuai oleh YBrs. Puan Asliza binti Ali, Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EAIC dan YBrs. Encik Abd Ramlizauyahhudin bin Mahli, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Hutan, JPSM.
.
Fokus lawatan:
▪️Penerangan mengenai pengoperasian dan proses pencerapan imej satelit di SOC MYSA;
▪️Peranan teknologi satelit dalam mengesan sebarang perubahan hutan di Malaysia; serta
▪️Perbincangan menangani cabaran perubahan hutan secara proaktif.
.
Delegasi turut dibawa melawat ke bilik operasi dan sistem antena generasi baharu yang berfungsi untuk menerima data satelit remote sensing secara terus pada setiap hari.
.
Jalinan kerjasama MYSA dan JPSM telah bermula sejak 2008 – MYSA telah membangunkan sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa untuk JPSM iaitu Sistem Pemantauan Hutan Menggunakan Remote Sensing (FMRS Plus) yang bertujuan untuk membantu JPSM memantau perubahan hutan menggunakan imej satelit, khususnya di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) supaya ianya dapat diurus secara mampan bagi pemuliharaan khazanah hutan negara.
.
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content