MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

LAWATAN KERJA DELEGASI SMART SELANGOR DELIVERY UNIT (SSDU) PADA 14 MAC 2024
Satu sesi kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada YBrs. Encik Ahmad Akmal Hamzah, Pengarah Urusan, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan delegasi ke Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung pada 14 Mac 2024. Delegasi telah disambut oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
.
Sesi kunjungan hormat dan lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama penyelidikan berkaitan dalam bidang teknologi angkasa.
.
Delegasi kemudiannya telah dibawa melawat ke kemudahan di Ibu Pejabat MYSA dan diberi penerangan berkenaan produk inovasi khususnya sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang berteraskan teknologi angkasa.
Skip to content